Rahasia Dunia Yang Belum Teungkap

Rahasia Dunia Yang Belum TerungkapAntara misteri2 didunia yang tidak dapat dirungkaikan sehingga kehari ini. Dipost ini akan diterangkan serba sedikit tentang misteri yang tidak dapat dirungkaikan itu.

1. The mighty Incan Empire of South America
 


Tamadun ini berkembang diantara kurun 1200 hingga 1535 AD . Mereka membangunkan sistem drainase dan kanal untuk memperluaskan tanaman mereka dan membina bandar2 diatas pergunungan batu curam seperti Machu Picchu.Walaupun tamadun ini maju tetapi kekuatan tentera mereka tidaklah sekuat mana pun.
2. Ancient Pyramids in Giza
 

Tamadun mesir purba ini wujud sekitar tahun 2550 SM. Khafre dan Khufu adalah dua daripada tiga Piramid kuno di Giza , Mesir. Khufu adalah piramid yang terbesar, terdiri daripada lebih dari 2 juta batu dengan anggaran 1 batu bersamaan dengan  9 tan beratnya. Piramid dibina sebagai makam Firaun iaitu raja mesir purba.Pengkaji sejarah mesir purba percaya bahawa Piramid dibuat dari batu yang diseret dari kuari. Kemudian dibina oleh hamba2 abdi dan tukang2 batu yang mahir.Masih banyak lagi misteri2 yang tidak dapat dijawab oleh para pengkaji berkaitan dengan piramid ini.

3. The Mayan Temple
Menurut Kalendar the Mesoamerican Long Count yang dibuat oleh kaum Mayan, pada Disember 2008 menandakan hari terakhir dari kitaran masa dalam kalendar kaum Mayan. Ini telah membuatkan serba sedikit rasa takut pada ahli pengkaji sejarah kaum mayan yang percaya bahawa ramalan kaum Mayan adalah satu peringatan tibanya hari  kiamat pada tarikh tersebut, sementara yang lain berkeras itu hanya satu salah faham matematik.Adakah Ramalan itu benar??? Ianya menjadi 1 misteri....

4. The Legend of El Dorado
The Legend of El Dorado berasal dari Muisca yang tinggal dinegara Colombia sekitar tahun 1000-1538 AD. Dalam sebuah upacara ritual untuk dewi mereka, ketua suku kaum ini akan menutupi dirinya didalam debu emas dan melompat ke tasik sebagai satu tanda persembahan. Ini melahirkan legenda bandar emas yang hilang dan ianya menjadi 1 misteri sehingga kehari ini.

5. Easter Island

 
Pulau Easter, juga dikenali sebagai Rapa Nui yang terletak sejauh 2.000 batu dari persisiran pantai negara Tahiti. Para penduduk asli(Polynesia) pulau kebanyakannya berasal dari tanah besar kemudiannya berhijrah kepulau tersebut sekitar tahun 400 antara 600 SM. Mereka membina banyak kuil dan patung yang dipanggil "moai", batu2 tersebut diambil dari seluruh kawasan pulau tersebut, termasuk disekitar kawasan gunung berapi. Para penyelidik masih mempersoalkan bagaimana batu2 besar dipindahkan.
6. Segitiga Bermuda
Segitiga Bermuda terletak dilautan Atlantik diantara Bermuda , Florida dan Puerto Rico. Tempat ini menjadi 1 misteri kerana bayak berlaku kehilang  kapal laut dan kapal terbang yang melalui kawasan tersebut. Daerah ini mendapat namanya selepas Sgt .Howell Thompson, bersama-sama dengan 27 juruterbang tentera laut , lenyap dari kawasan segi 3 bermuda tersebut untuk melakukan penerbangan rutin pada tahun 1945. Ramai yang mengatakan kawasan tersebut mempunyai kuasa ghaib yang menyebabkan banyak berlakuanya kehilangan kapal2 tersebut tetapi banyak pakar berpendapat kejadian yang berlaku berpunca dari angin taufan dan kesalahan manusia sendiri .

7. Aliens


 

Kawasan 51 yang terletak di Tasik Groom di Nevada selatan, ditubuhkan pada tahun 1955 oleh Tentera Udara AS untuk membangunkan dan menguji pesawat baru seperti U-2 Spy Plane, A-12 Blackbird dan F - 117 Stealth Fighter. Pengkalan tentera Rahsia ini juga mangkaji tentang kewujudan UFO atau lebih dikenali sebagai makhluk asing. Adakah Makhluk asing itu wujud atau hanya rekaan Semata-mata untuk menakut-nakutkan manusia di dunia ini.
8. Sphinx of Giza , Egypt
 

Satu lagi keajaiban di Mesir ialah Sphinx of Giza memiliki tubuh singa dan kepala Firaun, para pengkaji meyakini patung itu dibina pada zaman pemerintahan Firaun yang telah membina piramid Khafre. Banyak misteri yang tidak dapat dijawab berkaitan dengan patung Sphinx itu. Adakah haiwan itu wujud pada zaman tersebut atau hanya satu simbol kekuasaan raja tersebut.

9. The Stonehenge 

 

Satu pemandangan yang indah bila anda berada di Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain , England. Kawasan ini adalah Salah satu kawasan yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke England. Tahukah anda sebenarnya pada 5000 tahun dahulu tempat itu adalah satu kawasan perkuburan untuk mengebumikan mayat. Misteri yang tidak dapat dirungkai sehingga kehari ini berkaitan dengan Stonehenge ialah bagaimana mereka menyusun batu-batu tersebut...

10. Stone Spheres in Costa Rica
 

Penemuan batu ini berlaku pada awal 1940an di Costa Rica. Ianya dijumpa secara tidak sengaja oleh United Fruit Company yang menjalankan proses pengalian dikawasan batu tersebut dijumpai. Batu tersebut berbentuk Spera seperti bentuk bumi. Batu tersebut telah berusia lebih kurang 600 AD. Bagaimana ianya di hasilkan masih dalam misteri. Banyak para pengkaji percaya batu itu dibuat bertujuan untuk menyembah Tuhan matahari. Bagaimana canggihnya teknologi pada zaman dahulu kerana dapat mengukir batu sehingga menjadi bulat seperti bola.
11. The Tunguska Explosion of Russia

 

Letupan di Tunguska, Rusia terjadi sekitar pukul 07:14 pada tarikh 30 Jun 1908 . Jika diperhatikan Gambar diatas,  punca pokok tersebut hanggus mungkin disebabkan satu letupan yang kuat, hampir 80 juta pokok dan 830 batu persegi musnah. Misteri yang berlaku dihutan itu ialah tiada tanda-tanda letupan yang berlaku dan bunyi letupan didengari. Sebahagian besar percaya bahawa itu disebabkan oleh serpihan Meteoroid, tetapi tiada kesan lubang batu meteoroid jatuh dan ada yang mengatakan ianya berpunca dari UFO.
12. The Lost City of Atlantis


The Lost City of Atlantis diperkenalkan kepada barat sekitar 2,400 tahun yang lalu oleh Plato yang menyatakan Atlantis adalah satu masyarakat maju pada zaman dahulu. Legenda mengatakan Atlantis telah tenggelam kerana gempa bumi, Ada yang berpendapat berkemudian Atlantis adalah sebuah kerajaan bawah air yang dilindungi oleh putri duyung. Kebenaranya masih menjadi satu misteri. Tempat terletaknya Kerajaan Atlantis masih lagi belum dijumpai dan para saintis masih lagi menkaji dimana letaknya kerajaan tersebut.

sumber : "http://baca-blogspot.blogspot.com/2007/04/12-misteri-dalam-dunia-yang-tidak-dapat.html"